SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut hari ini, walaupun diberi tempoh reman yang singkat.
"Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok, kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut hari ini, walaupun diberi tempoh reman yang singkat. - Gambar fail/BERNAMA
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kes ceroboh kediaman MB Selangor: Polis sahkan terima laporan penafian tiga individu
Polis mengesahkan menerima laporan berbentuk penafian membabitkan tiga individu yang didakwa menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat lepas.
Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan esok
Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.